JASIN - Seorang askar maut selepas kereta dipandunya terbabas dan dirempuh sebuah kereta lain dalam di Jalan Selandar - Batang Melaka di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu berlaku ketika kereta Proton Saga FLX dipandu mangsa, Mohamad Hisham Ismail, 30, dalam perjalanan dari Selandar menghala ke Batang Melaka.
Iklan
Iklan
Menurutnya, siasatan awal mendapati setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa yang juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan dalam keadaan melintang.
"Pada masa sama sebuah kereta Proton Waja dipandu lelaki berusia 57 tahun yang melalui kawasan itu tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan dipandu mangsa.
"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel Berkaitan