Penyerang masjid Christchurch wakili diri sendiri di Mahkamah

Iklan
Brenton Tarrant

WELLINGTON - Pengganas, Brenton Tarrant yang membunuh 51 orang di Masjid Al Noor dan Msjid Linwwod di New Zealand pada 15 Mac 2019 akan mewakili dirinya sendiri tanpa seorang peguam yang dilantik pada bulan depan, lapor portal berita NewsHub pada 13 Julai.

Peguam belanya, Shane Tait dan Jonathan Hudson mengesahkan mereka sudah memfailkan permohonan untuk menarik diri daripada kes tembakan itu selepas menerima arahan daripada Tarrant yang mahu mewakili diri sendiri pada hari jatuh hukum iaitu pada 24 Ogos depan.

Iklan
Iklan

Sebelum membenarkan Tait dan Hudson menarik diri daripada kes tersebut, Hakim, Cameron Mander mengesahkan lelaki tersebut memahami haknya untuk mewakili dirinya sendiri.

Dalam perbicaraan hari ini di Mahkamah Tinggi Christchurch, Tarrant, 29, hadir pada perbicaraan sebelum jatuh hukum dibuat dengan menggunakan persidangan video dari penjara Auckland di Paremoremo.

Iklan

Dia yang merupakan warga Australia akan dihukum dengan 51 sabitan kesalahan kerana membunuh, 40 percubaan membunuh dan satu sabitan keganasan pada bulan depan.

Tarrant yang pada mulanya mengaku tidak bersalah kemudian bertindak menukar pengakuan kepada bersalah terhadap semua dakwaan itu. - Agensi

Iklan