Pengantin maut alergi kacang

Iklan
Alexandra menderita alergi kacang sejak kecil. - Foto Mirror.co.uk

MOSCOW - Pengantin perempuan maut selepas mengalami alahan serius dengan kekacang apabila makan manisan pada majlis perkahwinannya di Istana Tsaritsyno, Rusia.

Alexandra Erokhova, 25, mengalami anafilaksis iaitu reaksi alahan yang amat serius yang terjadi secara tiba-tiba hingga boleh membawa maut, lapor Mirror.co.uk.

Iklan
Iklan

Tetamu yang terkejut melihat pengantin seakan tercekik di meja makan terus memberi bantuan kecemasan.

Mereka menghubungi ambulans dan sebaik petugas penyelamat memberi rawatan kecemasan, mangsa telah meninggal dunia, lapor media tempatan.

Iklan

Doktor mengatakan pengantin perempuan mengalami 'kejutan anafilaksis' yang dipercayai disebabkan alahan kacang.

Pernikahan itu diadakan di istana mewah yang didirikan Catherine the Great dan keluarganya memberitahu sudah memberi amaran kepada katering mengenai alahan pengantin perempuan.

Iklan

Alexandra menderita alergi kacang sejak kecil dan dilaporkan hidangan manisan yang dimakannya itu mengandungi kekacang.