Gandingan Sanusi, Radhi bakal lonjak kecemerlangan Kedah

Iklan
Radhi (tiga dari kanan)

GANDINGAN Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor dan Naib Presidennya, Radhi Mat Din bakal melonjakkan semula kecemerlangan Lang Merah seperti musim 2007 dan 2008, lapor ROSLINDA HASHIM.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Nurul Amin Hamid berkata, 2007 dan 2008 merupakan tahun gemilang Kedah kerana berjaya merangkul gelaran 'double treble' dengan memenangi trofi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia ketika bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ramai pihak yakin gandingan Sanusi dan Radhi akan membuahkan hasil serta mencipta kecemerlangan baharu dalam skuad Lang Merah.

"Kami percaya Menteri Besar Kedah akan memimpin bahtera KFA dengan cemerlang, menyambung kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan yang pernah melonjakkan KFA di persada tinggi,” katanya.

Iklan

Kelmarin, Muhammad Sanusi dan Radhi menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Naib Presiden KFA penggal 2018-2022 pada Kongres Luar Biasa (EGM) persatuan itu.

Nurul Amin berkata, penyokong Kedah khususnya anak muda mengharapkan perubahan yang positif untuk pembangunan bola sepak Kedah.

Iklan

"Bola sepak sinonim dengan minat anak muda, ia merupakan sukan paling mendapat tempat di hati semua lapisan masyarakat khususnya di Kedah.

"Bola sepak juga simbol perpaduan tanpa mengira agama dan bangsa mahupun latar belakang politik, ia menjadi formula keutuhan jati diri rakyat Kedah,” kat