Budak lemas jatuh kolam ketika tunggu ibu temuduga

Iklan
Ahli keluarga menunggu proses bedah siasat dijalankan petang tadi.

SUNGAI PETANI- Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam renang di Pantai Merdeka ketika mengikut ibunya mencari pekerjaan dalam kejadian kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian itu ketika mangsa yang merupakan anak sulung dari dua beradik mengikut ibunya yang datang dari Tanjung Dawai untuk menghadiri temuduga pekerjaan di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 19 tahun mendapati kanak-kanak itu yang pada mulanya bermain di sekitar kawasan tersebut, tiba-tiba hilang.

"Semasa menunggu keputusan meminta kerja daripada pihak pengurusan, ibu mangsa melepaskan anaknya bermain di sekitar tempat temuduga tersebut, namun dalam beberapa minit selepas itu, dia didapati hilang.

Iklan

"Mangsa ditemui terapung dalam kolam renang orang dewasa kira-kira 30 meter dari tempat temuduga," katanya.

Menurut Adzli, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim dan hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan lemas.

Iklan