Tongkat ali, kacip fatimah sumber rezeki di Cameron Highlands

Iklan
Arman (kiri)bersama Roswan (dua,kanan),Baharudin(dua,kiri) dan Fadilah menjadikan pencarian tongkat ali ataupun turut dikenali dengan nama pasak bumi sebagai sumber pencarian mereka.

LIPIS - Biarpun sudah dilanda arus pemodenan,masyarakat Orang Asli masih setia dengan aktiviti tradisi mereka turun-temurun menjadikan sumber hutan sebagai pencarian rezeki utama mereka.

Dengan lokasi penempatan mereka berhampiran hutan juga menyebabkan mereka masih tidak boleh lari dengan tarikan alam semula jadi untuk menampung kehidupan.

Iklan
Iklan

Antaranya empat sahabat baik dari perkampungan Pos Betau di sini menjadikan pencarian tongkat ali sebagai sumber pendapatan mereka berikutan permintaan tinggi terhadap hasil hutan tersebut.

Arman Selek dan Roswan Samir,kedua-duanya berusia 32 tahun bersama Fadilah Yokbes,24 dan Baharudin Baharom, 21 bekerjasama mencari tongkat ali yang turut dikenali dengan sebagai pasak bumi setiap waktu terluang.

Iklan

Dikenali dengan nama saintifiknya,'eurycoma longifolio',sumber hutan itu mendapat permintaan tinggi untuk digunakan bagi tujuan perubatan malah dikomersialkan di pasaran.

Arman memberitahu dia mencari tanaman itu di hutan berhampiran pos tersebut bersama rakan-rakannya.

Iklan

"Ini punca pendapatan kami sejak remaja lagi.Selain cari tongkat ali,kami juga cari kacip fatimah kalau berkesempatan untuk menambahkan pendapatan," katanya pencarian buluh dan madu kelulut turut menjadi sumber rezekinya.

Sebaik selesai dibasuh, tongkat ali segera dibawa untuk dijual kepada peraih oleh empat pemuda tersebut.

Bagi Roswan pula,mereka akan memulakan rutin mereka bermula jam 9 pagi dan mendakwa dalam tempoh dua jam berikutnya,sudah mampu meraih hasil.

Menurutnya pengalaman yang dimiliki mereka selama ini dimanfaatkan sebaik mungkin dan ia memudahkan lagi kerja mereka.

"Sebaik jumpa pokoknya,ia akan ditebang dan akarnya digali,kemudian dicuci sebelum ditolak kepada peraih dengan harga RM2 sekilogram,"katanya lagi.

Sementara itu Fadilah dan Baharudin juga turut tidak ketinggalan mencari sumber hutan itu dan menyifatkan walaupun pekerjaan itu dilihat sukar,bagi mereka .ia seperti"alah bisa tegal biasa".

"Sudah biasa..dah mula cari sejak zaman sekolah lagi.Kebiasaan saya boleh dapat hingga 50 kilogram(kg) setiap kali masuk mencari,"kata Fadilah.

Mereka ditemui ketika sedang khusyuk membasuh tongkat ali di kawasan hutan berhampiran pos tersebut.

Ia antara situasi biasa buat penduduk di pos tersebut yang majoritinya suku kaum Semai yang memiliki 18 buah kampung dengan lebih 3,000 penduduk.