LONDON - Seorang lelaki sempat membuat ‘live’ menerusi akaun Facebook miliknya sebelum membunuh diri di kediamannya di Staffordshire, London baru-baru ini.
Jonathan 'Bazza' Bailey, 50, difahamkan memuat naik status yang menyatakan dia akan membunuh diri pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan) pada Sabtu sebelum memulakan siaran langsung dan ditonton lebih daripada 400 pengguna Facebook.
Iklan
Iklan
Seorang pengguna Facebook memaklumkan, dia telah pergi ke rumah Bailey untuk menghalang lelaki itu dari membunuh diri tetapi gagal apabila Bailey telah disahkan meninggal dunia oleh pihak polis.
Susulan daripada kejadian itu, Facebook melalui satu kenyataan berkata, pihaknya telah menghantar dokumen sokongan kepada Bailey sejurus kenyataan ingin membunuh diri itu dikeluarkan.
"Kami mengesahkan bahawa siaran langsung dan hantaran status itu telah dihapuskan atas permintaan keluarganya.
"Kami bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan pengguna di platform kami, dan kami akan terus bekerjasama dengan pakar untuk memastikan dasar kami terus menyokong mereka yang memerlukan," katanya.
Artikel Berkaitan