PPM bantu Sallehuddin

Iklan
Mohd Tahir(dua, kanan) dan Sallehuddin (empat, kiri) di markas calon tersebut.

LIPIS - Dalam kempen berbaki beberapa hari, calon Bebas, Sallehudin Ab Talib menerima suntikan semangat selepas Parti Pejuang Malaysia (PPM) menyatakan sokongan terbuka untuk membantu dirinya dalam PRK Cameron Highlands kali ini.

Sokongan itu disuarakan oleh apabila Presiden PPM, Mohd Tahir Kassim sedia mengarahkan 120 ahli parti yang ditubuhkan awal tahun ini, membantu siri kempen Sallehudin di Dun Jelai dan Tanah Rata.

Iklan
Iklan

Menurutnya walaupun ia parti baharu,namun beliau percaya kerjasama antara PPM dan Cikgu Sallehudin dapat mencipta kejutan dalam PRK kali ini.

"Misi perjuangan kami adalah sama, untuk membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi peneroka Felda, membela kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pendidikan anak-anak Orang Asli," katanya dalam sidang media di markas calon Bebas, di pekan Sungai Koyan, di sini, malam tadi.

Iklan

Mohd Tahir yang juga pernah menjadi pendakwah di Jabatan Agama Islam Daerah Lipis berkata, beliau menubuhkan parti baharu itu selepas melihat tidak ada bantuan sewajarnya diberikan kepada warga peneroka dan pegawai serta anggota pasukan keselamatan.

Katanya, Sallehuddin itu dilihat memiliki kekuatan sendiri dan PPM akan membantu dalam aspek penggunaan aset sedia ada dan program turun padang yang dirancang Sallehudin.

Iklan

"Kita menawarkan pilihan kepada pengundi di sini dan berharap mereka semua, terutamanya komuniti Orang Asli, dapat membantu (mengundi) calon Bebas kita," katanya.

Sementara itu, Sallehudin berkata, PRK kali ini dilihat bakal mencabar kemampuan Orang Asli dalam memilih calon terbaik yang ditampilkan parti masing-masing.

"PRK kali ini sangat mencabar dan kita harap cikgu Sallehudin boleh melakukan kejutan... apa sahaja (keputusan) pada PRK kali ini, kita akan terima dengan hati terbuka," katanya.

Ditanya mengenai perkembangan kempen dilakukan sejak hari penamaan calon, Sallehudin berkata, beliau masih menggunakan pendekatan menyantuni pengundi di Sungai Koyan dan Tanah Rata bagi memenangi hati pengundi.

"Saya tidak bercadang untuk mengadakan ceramah secara besar-besaran..namun sekarang saya tengah"all-out" dan kempen lebih tertumpu kepada mengunjungi gerai di sekitar kawasan ini (Sungai Koyan) dan menerangkan misi perjuangan saya kepada pengundi.

"Buat masa ini, semuanya berjalan lancar dan ramai yang menyatakan sokongan secara tertutup... waktu tidur saya juga tidak banyak berubah, saya sentiasa pastikan dapat berehat bersama keluarga selepas jam 9 malam dan tidur lena menjelang hari pengundian hujung minggu depan," katanya.

Ditanya pemilihan warna hijau muda yang mewarnai jentera kempen kali ini, Sallehuddin memberitahu warna itu signifikan dengan latar belakang dirinya yang berkaitan dengan dunia pendidikan.