Tiada kes culik seperti ditularkan

Iklan
Penularan audio dakwa remaja dilarikan menerusi aplikasi WhatsApp
SHAH ALAM - Tular rakaman suara seorang lelaki yang mendakwa berlaku kejadian culik seorang remaja perempuan di Seksyen 24, di sini.

Dua rakaman suara berdurasi 9 saat dan 25 saat itu mendakwa adalah kenalan kepada bapa mangsa yang dikatakan dilarikan.

"Minta tolong kawan-kawan, viralkan anak kawan baru kena tarik dalam kereta Seksyen 24 sekejap tadi.. Tolong viralkan," pada rakaman pertama.

" Ada saksi nampak lelaki tarik dia.. Tolong sangat-sangat, anak aku autisme, OKU, tak fasih cakap Melayu," pada rakaman kedua.

Difahamkan, penularan rakaman audio beserta gambar seorang remaja perempuan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun, tidak dipastikan imej yang ditularkan tersebut adalah mangsa yang dimaksudkan dalam rakaman itu atau sebaliknya.

Sehingga kini, kesahihan mengenai penularan berita tersebut tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, pihaknya tidak menerima laporan berhubung perkara tersebut sehingga kini.