Real selangkah juara La Liga

Iklan
Real perlu menewaskan Villareal Jumaat ini untuk mengesahkan kejuaraan La Liga.

REAL Madrid semakin hampir untuk menjulang trofi La Liga selepas menumpaskan Granada 2-1 dalam aksi di Stadium Nuevo Estadio de Los Cármenes awal pagi tadi.

Ia sekali gus menyaksikan kelab kendalian Zinedine Zidane itu perlu mencatatkan kemenangan ke atas Villareal Jumaat ini untuk mengesahkan kejuaraan liga buat kali ke-34.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pertahanan Real, Sergio Ramos mengingatkan rakan sepasukannya bahawa apa jua boleh berlaku dalam baki perlawanan sekiranya pasukan tidak berada pada tahap terbaik.

"Dalam perlawanan menentang Granada hari ini, kami mendahului dua gol pada separuh masa pertama. Tetapi, persembahan kami menurun semasa separuh masa kedua sehingga lawan berjaya menjaringkan gol. Mungkin semua pemain sudah merasa selesa dengan dua gol tersebut.

Iklan

"Perkara sebegini tidak boleh berlaku lagi kerana pasukan lawan boleh menewaskan kami dengan intensiti tersebut. Kami perlu fokus 90 minit. Jika tidak mungkin kejuaraan liga tidak akan mampu menjadi milik kami," katanya.

Dalam perlawanan itu, Ferland Mandy membuka tirai jaringan buat Real pada minit ke-10, sebelum Karim Benzema mengukuhkan kedudukan enam minit kemudian.

Iklan

Granada berjaya merapatkan kedudukan menerusi Darwin Manchis pada minit ke-50, namun tidak bernasib baik untuk mencari gol penyamaan.

"Kami tidak boleh berehat kerana sudah semakin hampir memenangi liga. Masih ada mata yang perlu kami kejar. Objektif dari selepas liga bersambung semula adalah memenangi setiap perlawanan.

"Kami membuat persiapan yang sangat baik ketika latihan di rumah. Semoga pada hari Jumaat ini kami dapat merayakannya," katanya.

Real ketika ini berada di kedudukan teratas liga dengan 83 mata, dibezakan empat mata dengan pencabar terdekat, Barcelona dengan 79 mata.