BUTTERWORTH - Keluarga mangsa kemalangan maut, Moey Yun Peng, 20, berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atas kemalangan yang menimpa mangsa.
Mengakui agak sedih dengan komen-komen netizen di laman sosial, individu yang merupakan salah seorang ahli keluarga mendiang berkata, perkara tersebut biarlah pihak berkuasa yang jalankan siasatan.
"Kami agak tertekan apabila melihat komen-komen di media sosial, ramai yang menaburkan kata-kata mendakwa mendiang berlumba.
"Bagi kami, perkara tersebut tidak dapat disahihkan sama ada dia benar-benar berlumba atau tidak, apa pun sebaiknya kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat," katanya.
Dalam pada itu, katanya, pihaknya memohon agar gambar-gambar mangsa di laman-laman sosial dipadamkan segera.
"Saya akui ibu dan ayah sendiri tak sanggup nak lihat, mereka ada ternampak dalam laman sosial, jadi saya mohon kepada orang ramai agar segera padam gambar-gambar itu.
"Bukan apa, sekarang mendiang sudah berjaya ditemui, kami amat bersedih, harap semua dapat hormati perasaan kami," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Terjunam ke laut selepas kemalangan
- Bomba temui buku manual kereta dalam laut
- ‘Suspek, mangsa bukan kawan rapat’
- Maaf, kami perlukan ruang...
- Polis sahkan identiti mayat berdasarkan dompet mangsa
- 40 penyelam terlibat bawa keluar SUV terhumban
- SUV berjaya dinaikkan bersama mayat pemandu
- Suasana sedih, pilu selubungi unit forensik HSJ
- Nahas Jambatan P Pinang: Jangan buat spekulasi
- Yun Peng anak baik....