Banjir dan tanah runtuh: Hampir 15,000 rumah rosak di Jepun

Iklan
Penyelamat semasa operasi mencari orang hilang di Fukuhama. Foto: AFP

TOKYO - Hampir 15,000 rumah dan bangunan kediaman rosak dalam bencana banjir akibat hujan lebat di barat daya Jepun, lapor agensi berita Sputnik memetik NHK pada Selasa.

Hujan lebat yang berpanjangan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di banyak kawasan perumahan.

Iklan
Iklan

Menurut pihak berkuasa, sebanyak 14,800 rumah rosak.

Seorang wanita memindahkan serpihan dari rumah ketika penduduk meneruskan proses pembersihan di Kumamura. Foto: AFP
Iklan

Angka korban akibat bencana alam itu setakat ini berjumlah 72 orang sementara 13 lagi masih hilang.

Iklan

Pada Isnin, Perdana Menteri Shinzo Abe melawat wilayah Kumamoto di pulau Kyushu dan berkata, kerajaan akan membantu pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi kerosakan disebabkan bencana itu. - Bernama