Larangan arak, rokok dan vape di taman permainan

Iklan
Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.

SHAH ALAM - Orang ramai terutama pengunjung di taman-taman permainan dan rekreasi bakal dikenakan kompaun sehingga RM1,000 sekiranya didapati merokok, vape dan meminum arak di kawasan tersebut berkuatkuasa hari ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, kerajaan negeri telah meluluskan untuk menambah aktiviti meminum arak dan merokok termasuk vape di bawah senarai kesalahan di Undang-Undang Kecil (UUK) Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini senarai kesalahan di UUK Taman tidak dinyatakan berkenaan aktiviti meminum arak dan menghisap rokok sebagai satu aktiviti yang dilarang.

"Dengan pindaan UUK Taman 2005 ini, maka Selangor di bawah pimpinan Pakatan Harapan bakal menjadi negeri yang pertama di Malaysia untuk melarang meminum arak dan merokok di taman-taman permainan dan taman-taman rekreasi," katanya pada sidang akhbar di ruang media Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor hari ini.

Iklan

Beliau berkata, langkah ini diambil demi keselesaan dan kesihatan para pengunjung lebih-lebih lagi pada pasca Covid-19 ini.

"Taman permainan dan taman rekreasi juga kerap dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan warga emas untuk beriadah, bersukan serta aktiviti kekeluargaan.

Iklan

"Kini tibanya masa untuk melarangkan meminum arak dan merokok di taman permainan dan taman rekreasi di bawah UUK Taman," katanya.