PORT DICKSON - Rumah seorang peniaga di Taman Minang di sini menjadi tumpuan orang ramai kerana takungan mata air di hadapan rumahnya mampu membekalkan air bersih kepada penduduk berhampiran yang mengalami masalah bekalan air.
M Mallika, 54, berkata rumahnya sering dikunjungi orang ramai untuk mengambil air mata air dari parit di hadapan rumahnya sejak bekalan air terputus sejak kelmarin.
"Malah ada penduduk yang datang untuk mandi, mencuci pakaian dan pinggan di sini. Saya gembira dapat tolong penduduk di sini. Ini bukan pertama kali sebab rumah saya pernah jadi tumpuan orang ramai apabila ada gangguan air yang berlarutan lama pada 10 tahun lepas.
"Aliran air tanpa henti dari lereng bukit yang mengalir di hadapan rumah ini juga jernih dan bersih untuk digunakan,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, sumber mata air itu tidak pernah kering malah mengalir tanpa henti dari bukit yang terletak di hujung barisan rumah teres yang didiaminya sejak 1985 lalu.
Tinjauan mendapati ramai penduduk berbilang kaum tidak putus-putus mengunjungi rumah Mallika bagi mendapatkan bekalan air sejak awal pagi tadi.
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) dalam kenyataan semalam dilaporkan berkata, gangguan bekalan air akibat tebing runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi yang menjejaskan hampir 45,000 pemilik premis sebahagian daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau sejak Jumaat lalu dijangka berlarutan hingga Isnin ini.
Difahamkan, kerja baik pulih sedang dijalankan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan LRA Sungai Linggi terpaksa ditutup sementara waktu berikutan tebing Sungai Linggi yang runtuh berhampiran muka sauk LRA berkenaan akibat hujan lebat berterusan pada Jumaat lalu.
Kawasan di Port Dickson yang terjejas termasuk Taman PD Perdana; Batu 4; Batu 5; Batu 6; seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga kawasan Bandar Springhill; Tanah Merah Site C; seluruh kawasan pekan Port Dickson; Bukit Pelandok dan Chuah. - Bernama