Kaedah tangani berita tidak benar

Iklan

LAPORAN berita media asing yang berat sebelah bukan kali pertama berlaku di Malaysia. Sebelum ini, beberapa media asing melaporkan isu-isu yang berkaitan dengan krisis politik negara berikutan adanya sumber-sumber dalam negara yang sanggup memberikan maklumat kepada media antarabangsa apabila mereka gagal mendapat perhatian daripada mana-mana pihak.

Kadangkala mereka yang menyalurkan maklumat tersebut mempunyai agenda tersendiri sehingga sanggup meraih simpati dengan menyampaikan maklumat berhubung polemik politik negara untuk tatapan warga dunia.

Iklan
Iklan

Hari ini kita berjaya memasuki fasa pemulihan Covid-19 disebabkan perpaduan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah, kita sudah meraih nama di persada dunia terutama pengiktirafan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai ikon negara yang bergabung dengan saintis dunia dalam usaha mereka bertindak menentang pandemik Covid-19 di kawasan yang kekurangan sumber. Malaysia turut menduduki tangga teratas dalam usaha memerangi Covid-19.

Iklan

Hari ini kita terkejut dengan laporan saluran berita antarabangsa, Al Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika negara mengendalikan pandemik Covid-19.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia harus melihat dengan serius isu pemberitaan asing kerana jika kita membiarkan fenomena itu berterusan, ia akan menjadikan Malaysia dijajah dengan penjajahan bentuk baharu.

Iklan

Pengaruh pemberitaan Barat boleh menggugat keamanan negara iaitu kebebasan bersuara tanpa menghormati dan mematuhi undang-undang negara lain.

Bahaya pemberitaan asing mungkin tidak boleh dilihat dengan mata kasar, namun dengan lensa terdekat, ia boleh menghasut kebangkitan rakyat melalui siri-siri demonstrasi yang menggugat kestabilan negara.

Ancaman imprealisme moden ini akan membawa kepada keruntuhan perpaduan antara kaum. Jadi, kita harus bertindak segera terhadap pemberitaan asing yang membawa nama buruk kepada Malaysia.

Kadang-kadang ia membuatkan kita terfikir mengapa Malaysia agak popular dalam pemberitaan asing. Persoalan itu harus kita fikirkan bersama-sama, di mana silapnya?

Media perdana di Malaysia harus memainkan peranan yang penting dalam mencantas pemberitaan dan membetulkan mana yang tidak benar. Dalam kes Al Jazeera, agak jelas komen-komen di bawah video ditiadakan, malah berdasarkan bilangan like and dislike boleh dilihat rakyat Malaysia bersatu padu membantah pemberitaan mereka. Untuk itu, media perdana negara harus bersiap sedia untuk menangkis berita tersebut.

Keduanya, sila teliti ideologi propaganda pemberitaan agensi-agensi media asing sebelum dibenarkan mereka beroperasi di Malaysia.

Kadangkala kita bersifat terbuka dengan membenarkan agensi-agensi pemberitaan asing beroperasi di Malaysia, namun kita tidak sedar mereka bertindak di bawah propaganda media yang boleh menjejaskan keama-nan pelbagai kaum.

Maka, apabila berlaku sesuatu situasi yang memburukkan nama negara sendiri, adalah agak sukar untuk kita bertindak terhadap pemberitaan mereka.

Tibalah masa bagi kerajaan untuk mewujudkan kembali Akta Antiberita Tidak Benar. Persoalan bagaimana untuk menangani berita palsu adalah penting, apatah lagi ketika krisis penularan wabak Covid-19. Mana-mana pihak tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang panik dalam kalangan rakyat.

Akta Antiberita Tidak Benar tidak harus dilengahkan kerana semakin kita lengahkan, semakin banyak berita-berita palsu akan wujud di Malaysia.

Trend tersebut sudah pun menular di Amerika Syarikat sehingga begitu banyak himpunan laman-laman hoax. Perlu kita usahakan kembali akta berkenaan dan jangan lihat ia sebagai pembatas kebebasan bersuara.

**Prof. Madya. Dr. Sara Chinnasamy ialah Penganalisis Politik & Media Sosial, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Shah Alam