Ahli Parlimen pembangkang tidak setuju adakan PRU

Iklan
Ahmad Fahmi

SHAH ALAM - Ahli Parlimen pembangkang mengakui Pilihan Raya Umum (PRU) bukan langkah yang terbaik buat masa ini untuk memulihkan kembali kemelut politik negara.

Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, masa terlalu suntuk untuk mengadakan PRU, namun rakyat perlu diberikan mandat dalam menentukan tampuk kepimpinan negara.

Iklan
Iklan

"Jadi, bagi saya usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri adalah lebih sesuai ketika ini dan bakal menjadi kayu pengukur kepada sokongan terhadap pelantikan Speaker.

"Mungkin ada yang menyokong pertukaran Speaker tetapi tidak bermaksud mereka sokong 100 peratus kepada kerajaan sekarang,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Iklan

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil turut melahirkan pandangan yang sama dan menyifatkan kerajaan perlu mengeluarkan belanja lebih RM1 bilion sekiranya PRU diadakan.

Katanya, perbelanjaan itu seharusnya digunakan segera untuk membantu rakyat yang hilang pekerjaan dan pendapa-an susulan penularan pandemik Covid-19.

Iklan

"Di Parlimen, kerajaan mempunyai 113 ahli Parlimen, namun yang mengundi tempoh hari hanya 111, sedangkan pembangkang mempunyai jumlah yang solid 109 iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah Parlimen Malaysia. Ia menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagai ‘telur di hujung tanduk’.

Dr Kelvin Yii Lee Wuen

"Daripada pengamatan saya, ada beberapa parti dalam PN pun tidak mahu PRU diadakan secara tergempar.

"Demi kestabilan politik dan memastikan segala sumber disalur untuk membantu rakyat mengatasi masalah ekonomi hari ini, langkah terbaik adalah dengan konfigurasi politik baharu yang lebih stabil,” katanya.

Ahli Parlimen Sepangar, Datuk Mohd Azis Jamman pula menyifatkan dalam keadaan politik yang tidak menentu ketika ini, PRU adalah jalan terbaik dan kuasa memilih perlu diberikan kepada rakyat semula.

Mohd Azis

Katanya, majoriti tipis ketika undian pemilihan Speaker telah membuktikan bahawa kerajaan PN sangat rapuh.

"Sekiranya perkara ini berterusan ia akan menjadi makin parah kerana apa jua boleh berlaku dan ia akan menyebabkan pelabur sukar untuk datang yang akhirnya menjejaskan ekonomi negara.

"Dalam situasi Covid-19 dan ketidakstabilan politik negara, maka secara peribadinya kuasa memilih perlu dikembalikan kepada rakyat,” kata beliau.