PUTRAJAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Menurutnya, beliau dipanggil sebagai saksi atas kapasitinya sebelum ini sebagai Exco Kesihatan Pulau Pinang.