KANGAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang bekas ahli lembaga pengarah sebuah anak syarikat milik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Perlis atas dakwaan salah guna kuasa membabitkan nilai lebih RM1 juta pada jam 10.20 pagi semalam.
Suspek yang juga seorang peguam telah ditahan selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Perlis.
Iklan
Iklan
Difahamkan suspek telah melalukan kesalahan itu pada tahun 2015 dengan menggunakan jawatan, kedudukannya dan firma guaman miliknya membabitkan urusan penyewaan sebuah bangunan komersial.
Pengarah SPRM Perlis, Suzeliyana Hashim mengesahkan penahanan suspek berusia 47 tahun itu yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam.
Bagaimanapun permohonan reman ke atas suspek pada hari ini telah ditolak oleh Mahkamah Majistret Kangar dan dilepaskan dengan jaminan SPRM.