KOTA BHARU - Dua beradik perempuan yang ditemui selamat semalam, selepas dua hari dilaporkan hilang mencari bapa dipercayai menaiki bas hingga tiba di Narathiwat, Thailand.
Nur Fatihah Najwa Seman, 12, dan adiknya Siti Nur Insyirah, 9, ditemui orang awam pada 7.30 malam semalam yang kemudian menghantar dua beradik itu ke balai polis sebelum diserahkan kepada bapa mereka Seman Omar, 37, yang hadir ke balai selepas itu.