'Kembalikan semua kerusi UMNO'

Iklan
Mohamed Nazri Abdul Aziz

KUALA LUMPUR - Kerusi yang dimenangi UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu perlu dikembalikan kepada parti itu.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, perkara itu tidak perlu dibahas atau dirundingkan lagi kerana ia sememangnya milik UMNO, cuma terdapat kerusi berubah akibat tindakan ahli Parlimen UMNO yang melompat parti.

Iklan
Iklan

Malah, katanya, ahli-ahli UMNO juga mahukan UMNO bertanding di kerusi berkenaan menggunakan logo Barisan Nasional (BN).

"Kalau kita mahukan kerusi Mersing kembali, serupalah juga kerusi-kerusi lain yang mana UMNO bertanding dan menang tetapi ahlinya lompat parti. Bukan hijrah tapi lompat parti mungkin kerana tidak ada kekuatan mental.

Iklan

"Tetapi lompat ke parti lain bukan justifikasi dia nak bertanding di kerusi milik UMNO. Kalau nak bertanding cari tempat lainlah. Pergilah bertanding di Bukit Bintang ke atau mana-mana tempat lain," katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'UMNO akan ambil semula kerusi Mersing'

Iklan

Isu kerusi milik UMNO timbul apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan tegas menyatakan kerusi Parlimen Mersing adalah milik UMNO.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar melabelkan UMNO sudah tidak laku lagi di Sabah.

Selain Ahmad Zahid, beberapa pemimpin UMNO yang lain turut mengecam kenyataan Abdul Latiff dalam satu forum itu, antaranya Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.