SANDAKAN - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengutamakan aset yang perlu diselenggarakan segera, khususnya untuk operasi di perairan negara, sebagai langkah penjimatan kos peruntukan.
Panglima Tentera Laut Laksamana, Datuk Mohammad Reza Mohd Sany berkata, langkah itu sebagai satu langkah berhemat menggunakan peruntukan kerajaan, yang sedang dibebani dengan hutang negara.