Polis kesan waris mayat wanita

Iklan
Hasron Nazri Hashim

KAMPAR - Polis sedang mengesan waris mayat wanita dipercayai mangsa bunuh yang ditemui terapung di Sungai Kampar, Malim Nawar pada 5 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti identiti sebenar mayat wanita yang dianggarkan berusia lingkungan 40 tahun itu.

Iklan
Iklan

"Sejak kes ini dilaporkan media, tiada individu atau waris yang tampil bagi mengenal pasti dan menuntut mayat terbabit.

"Tindakan untuk mengesan waris masih diteruskan. Mayat masih berada di Bilik Mayat Hospital Kampar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ketika ditemui mangsa memakai subang perak berbentuk dua naga.

Iklan

"Polis masih menunggu keputusan ujian toksikologi dan perbandingan deosiribonukleik (DNA) Jabatan Kimia Malaysia sebagai usaha mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Polis meminta kerjasama orang ramai membantu melengkapkan siasatan dan sebarang maklumat boleh menghubungi Inspektor Mohd Firdaus Jamil di talian 019-2689481.