Dewan Rakyat kecoh kerana Azalina lewat masuk

Iklan
Sidang Dewan Rakyat sesi petang hari ini kecoh seketika apabila beberapa ahli Parlimen pembangkang mempersoal kelewatan Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman Said memasuki dewan.

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat sesi petang hari ini kecoh seketika apabila beberapa ahli Parlimen pembangkang mempersoal kelewatan Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman Said memasuki dewan.

Suasana itu tercetus apabila Azalina belum kelihatan di kerusinya meskipun jam telah menunjukkan 2.30 petang.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Jelutong (PH), RSN Rayer secara sinis mempersoal adakah itu menjadi cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguruskan Sidang Parlimen.

"Yang berhormat Arau (Datuk Seri Dr Shahidan Kassim), adakah ini cara PN menjalankan Persidangan Parlimen sebab ini dah 2.30.

Iklan

"Ini adalah hari yang bersejarah. Parlimen bermula lewat di bawah PN. Hari yang sangat menyedihkan, memalukan," katanya.

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) kemudian bangkit menjawab bahawa kelewatan itu berlaku kerana blok pembangkang memohon untuk menukar kerusi.

Iklan

"Sebab kamu semua (pembangkang) minta tempat duduk baru, itulah sebab dia lewat. Semua mintak tempat duduk yang baru," katanya.

Kekecohan berlarutan lebih lima minit sebelum keadaan kembali reda selepas Azalina memasuki dewan.

Persidangan bermula dengan Shahidan membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.