Tentukan permasalahan dihadapi golongan muda

Iklan
Exco Penerangan Ameerah Malaysia, Mardhiyyah Johar

SHAH ALAM - Golongan muda perlu menentukan permasalahan yang dihadapi sebelum bercakap sejauh mana suara mereka didengari.

Exco Penerangan Ameerah Malaysia, Mardhiyyah Johar berkata, isu yang dihadapi golongan muda adalah isu universal yang menyentuh lelaki dan wanita tanpa mengira siapa.

Iklan
Iklan

Justeru katanya, isu ini tidak boleh hanya dilihat kepada beberapa kerat pemimpin politik dalam kalangan anak muda sahaja sebaliknya perlu merujuk kepada semua golongan anak muda dalam skala yang lebih besar.

"Sebabnya pekerja Food Panda, pemandu Grab, pekerja kilang, profesional muda pun semuanya termasuk dalam kategori anak muda.

Iklan

"Jadi apabila kita nak bercakap sejauh mana suara anak muda di dengari kita kena tentukan apa masalah-masalah anak muda ini,” katanya selaku panelis Wacana 179 bertajuk Politik Malaysia: Sejauh mana suara anak muda didengari? di Studio F, Karangkraf di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Mardhiyyah berkata, isu-isu melibatkan golongan muda dihadapi oleh semua negara termasuklah Malaysia antaranya masalah dalam pendidikan dan pekerjaan.

Iklan

Katanya, mungkin golongan muda tidak ada masalah untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat ijazah pertama kerana mempunyai kemudahan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ataupun Mara.

"Tetapi untuk sambung ke peringkat Master dan PhD (pengajian Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah) di sini kurangnya kemudahan biasiswa, begitu juga dengan isu pengangguran yang berlaku di seluruh negara.

"Kadar pengangguran negara berada di tahap 5.5 peratus merangkumi 890,0000 anak muda yang menganggur, jadi adakah masalah-masalah ini didengari dan diselesaikan sekaligus menentukan sejauh mana suara anak muda ini didengari,” katanya.

Dalam pada itu, Mardhiyyah berkata, masih terlalu awal untuk memuji kerajaan Perikatan Nasional namun beberapa penyelesaian telahpun berjaya dilakukan termasuklah isu pandemik koronavirus (Covid-19).

Katanya, isu pengangguran juga telah diberikan jalan penyelesaian antaranya seperti pemberian geran khas melalui bantuan prihatin sebanyak RM3,000 kepada usahawan kecil dan sederhana.

"Ia sekaligus membantu usahawan yang kebanyakan yang terdiri daripada anak muda untuk terus kekal dalam dunia perniagaan mereka selain pelbagai insentif lain yang diberikan khusus kepada golongan ini.

"Jadi apabila kita bercakap tentang golongan anak muda kita jangan sempitkan skop kepada pemimpin-pemimpin politik sahaja kerana jika tidak kita sebenarnya telah meninggalkan beberapa segmen anak muda ke belakang untuk dibantu,” katanya.