JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat dan kini melepasi angka 80,000 kes iaitu tambahan kes baharu sebanyak 1,522 dalam tempoh 24 jam.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini sebanyak 87 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,797 orang.