Daun ketum dalam kandang kambing

Iklan
Longgokan plastik lut sinar berisi daun ketum yang ditemui dalam kandang kambing.

PADANG BESAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1,550 kilogram (kg) daun ketum yang disembunyikan dalam plastik lut sinar di kawasan kandang kambing di Kampung Wang Kelian, Kaki Bukit, menerusi Op Benteng Covid semalam.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisoner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, daun ketum yang dianggarkan bernilai RM 46,500 itu ditemui pada jam 1.45 tengah hari oleh Unit Risik dan Platun Tracker Bn 3 PGA ketika menjalankan rondaan bermotosikal sekitar kawasan kebun getah di Padang Besar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil operasi pihaknya menemui sebuah kandang kambing dalam kebun getah tersebut di mana terdapat longgokan besar plastik lut sinar berwarna putih yang di dalamnya berisi daun ketum.

Daun ketum yang dirampas dimasukkan dalam guni sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

"Turut ditemui sebuah motosikal jenis Suzuki tanpa nombor pendaftaran dan sebuah alat penimbang," katanya.

Iklan

Abdul Ghani berkata, setelah menunggu dan membuat pemerhatian lebih sejam, tiada individu datang ke kawasan kandang kambing tersebut.

"Anggota telah meminta bantuan Platun Tracker yang bertugas di Pos Wang Kelian untuk membantu memasukkan plastik-plastik lutsinar yang ditemui ke dalam 68 guni sebelum dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan