Pelajar SMART teruja kembali ke sekolah

Iklan
Guru sedang membuat pemeriksaan suhu badan pelajar di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) di sini.

KUANTAN - Pelajar Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) di sini meluahkan rasa teruja dan bersemangat apabila dapat kembali ke sekolah setelah hampir empat bulan 'bercuti' kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 701 pelajar Tingkatan 1 hingga 5 sekolah itu mengikuti sesi pembelajaran di kelas dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Iklan
Iklan

Pelajar Tingkatan 3A, Adam Shah Anis Shah berkata, dia tidak sabar untuk kembali menuntut ilmu di sekolah bersama rakan-rakan setelah sekian lama duduk di rumah.

Suasana pembelajaran normal baharu di dalam kelas di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) di sini.

"Saya rindu kawan-kawan. Rindu guru-guru dan suasana pembelajaran dalam kelas. Di rumah ada belajar tapi secara jarak jauh dan perhubungan menerusi aplikasi kumpulan. Perasaan tak sama macam berada di sekolah," katanya.

Iklan

Sementara itu, Mohd Firdaus Mujiburrahman, 15, berkata, belajar melalui alam maya tidak sama kerana belajar di dalam kelas lebih seronok dan mudah faham.

"Saya sangat teruja nak datang sekolah sampai bangun tidur jam 5 pagi dan seawal jam 7 sudah sampai di sekolah," katanya.

Iklan

Tinjauan Sinar Harian mendapati sebanyak 47 kelas dibuka dengan menempatkan maksimum 27 orang pelajar setiap kelas dan difahamkan seramai 101 orang guru bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).