Covid-19: Filipina mula paksa kuarantin

Iklan
Pasukan polis dikerah untuk menjejaki individu yang didiagnos positif Covid-19. - Foto: AFP

MANILA - Filipina hari ini mula mengerahkan pasukan polis untuk memeriksa dari rumah ke rumah bagi memastikan individu yang didiagnos positif koronavirus (Covid-19) dibawa ke pusat kuarantin.

Langkah itu bagaimanapun mencetuskan kritikan kerana didakwa berpotensi melanggar hak individu.

Iklan
Iklan

Pemeriksaan bersama kakitangan kesihatan itu dibuat selepas pihak berkuasa kini meningkatkan usaha untuk memperlahankan penyebaran wabak itu dengan mengenakan semula 'lockdown' dan membina puluhan pusat kuarantin bagi mengasingkan pesakit dengan gejala ringan.

"Individu yang tidak mempunyai simptom dan mengalami gejala ringan disarankan tampil secara sukarela.

Iklan

"Ia seperti ‘percutian berbayar’ di kemudahan berhawa dingin. Jika masih berdegil, mereka akan ke penjara,” kata jurucakap Presiden Rodrigo Duterte yang mempertahankan langkah kuarantin paksa itu sebagai tidak melanggar undang-undang.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Eduardo Ano mencetuskan kemarahan banyak pihak apabila beliau memaklumkan polis akan memburu individu positif Covid-19 dan mengancam untuk mengenakan hukuman penjara kepada mereka yang cuba menyembunyikan simptom wabak itu.

Iklan

"Pemeriksaan dari rumah ke rumah telah menyaksikan pembunuhan kejam ribuan mangsa di bawah kempen antidadah yang dilancarkan Duterte sebelum ini.

"Operasi itu hanya akan menakut-nakutkan pesakit dan keluarga mereka. Apa yang akan polis lakukan terhadap pesakit degil? Adakah mereka akan ditembak?” kata jurucakap kumpulan pemerhati hak asasi manusia, Karapatan.

Difahamkan, Filipina telah menyediakan lebih 8,300 pusat kuarantin dilengkapi 73,000 katil dan kadar penggunaannya adalah kira-kira 32 peratus.

Sejak bulan lalu, Manila mula melonggarkan sekatan selepas ia mengenakan langkah lockdown terpanjang di dunia dan merekodkan 57,700 kes jangkitan. - Agensi