Perlis benar jemaah bawah umur 18 solat di masjid
Iklan
Individu berumur 18 tahun ke bawah dibenarkan menyertai solat berjemaah di semua masjid di Perlis berkuat kuasa serta-merta.
ARAU - Perlis membenarkan individu berumur 18 tahun ke bawah menyertai solat berjemaah di semua masjid di negeri itu berkuat kuasa serta-merta.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kebenaran itu mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat perkembangan positif situasi semasa wabak koronavirus (Covid-19).
Iklan
Iklan
"Solat berjemaah (kecuali solat Jumaat) dan aktiviti pengimarahan di surau-surau sekolah dan institusi pendidikan tinggi (IPT) juga dibenarkan, terhad kepada warga sekolah dan IPT," titah Raja Muda Perlis dalam kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, pihak pengurusan sekolah dan IPT bertanggungjawab memastikan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan berada pada tahap maksimum.
Iklan
Iklan
"Kebenaran ini diberi bagi membolehkan semua umat Islam tanpa mengira peringkat usia dapat menunaikan ibadah dan mengimarahkan masjid di seluruh Perlis," titah baginda. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>