SAN FRANCISCO - [DIKEMASKINI] Twitter rasmi Apple, bilionair Elon Musk dan Jeff Bezos serta tokoh ternama lain digodam pada Rabu lalu oleh penggodam yang cuba memperdayakan orang ramai supaya menghantar mata wang kripto, bitcoin.
Senarai akaun yang turut digodam itu termasuk calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden; bekas Presiden AS, Barack Obama; pengasas Microsoft, Bill Gates, firma-firma bitcoin, Uber dan lain-lain lagi.
Iklan
Iklan
"Kami mengetahui insiden keselamatan yang memberi kesan ke atas Twitter. Kami sedang menyiasat dan mengambil langkah untuk memperbaikinya. Kami akan mengemas kini (memberitahu perkembangan terbaru) kepada setiap orang," kata mesej perkhidmatan laman sosial itu
Pengguna Twitter tidak dapat membuat kenyataan menerusi akaun rasmi itu selama dua jam.
"Kebanyakan akaun sepatutnya boleh menciap (membuat kenyataan) semula," kata pasukan sokongan Twitter pada waktu malam Rabu lalu yang memberikan maklumat terkini.
Mesej penggodam itu menyatakan orang ramai mempunyai masa selama 30 minit untuk menghantar AS$1,000 (RM4,266.50) dalam bentuk mata wang bitcoin bagi mendapatkan pulangan sebanyak dua kali ganda. - AFP
Artikel Berkaitan