Bergelut ketika pemeriksaan polis

Iklan
Seorang lelaki bertindak agresif apabila bergelut dengan anggota polis dalam kejadian di kawasan kuil di Batu Caves, di sini semalam.

GOMBAK - Seorang lelaki yang ditahan bertindak agresif apabila bergelut dengan anggota polis dalam kejadian di kawasan kuil di Batu Caves, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengesan kereta jenis Perodua Myvi dinaiki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

"Semasa pemeriksaan, suspek enggan memberikan kerjasama dan ketika tangkapan hendak dibuat, telah berlaku sedikit pergelutan antara suspek dengan anggota polis.

"Suspek berusia 35 tahun itu bagaimanapun berjaya ditangkap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di dalam kereta suspek telah menemukan sebilah pisau berukuran 7.3 inci yang diletak di celah tempat duduk pemandu.

Katanya, suspek telah dibawa ke IPD Gombak untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Kes disiasat di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.