Anak gajah sesat diselamatkan Perhilitan

Iklan
Anggota UTG menyelamatkan anak gajah sesat Jalan Kota Tinggi-Mersing, Johor. - Foto Perhilitan

KOTA TINGGI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor berjaya menyelamatkan seekor anak gajah di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini.

Perhilitan melalui kenyataan di Twitter rasminya memberitahu penemuan anak gajah itu hasil makluman orang awam kelmarin.

Iklan
Iklan

Kata kenyataan itu, anak gajah tersebut dipercayai tersesat dan terpisah daripada kawanan dan berjaya diselamatkan kira-kira jam 6 petang oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG) Johor.

"Pemeriksaan kesihatan mengesahkan bahawa haiwan itu berada dalam keadaan sihat dan cergas.

Iklan

"Anak gajah tersebut kemudiannya telah dihantar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang hari ini untuk tujuan pemulihan," menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, Jabatan Perhilitan mengucapkan ribuan terima kasih atas maklumat yang telah disalurkan oleh orang awam berkenaan penemuan anak gajah tersebut.

Iklan

Sebarang maklumat aduan berkaitan hidupan liar boleh disalurkan ke talian hotline Jabatan Perhilitan iaitu 1800-88-5151.