Sekolah perlu sediakan, bukan guru: Ismail Sabri

Iklan
Pelitup muka dan pensanitasi. - Foto sumber internet

KUALA LUMPUR - Sekolah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan perlindungan diri seperti pelitup separuh muka dan cecair pensanitasi tangan untuk kegunaan pelajar dan guru bukan dibeli oleh guru menggunakan wang sendiri.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah menyalurkan peruntukan kepada setiap sekolah bagi tujuan pembelian kelengkapan itu.

Iklan
Iklan

"Apabila kita minta sekolah untuk sediakan cecair pensanitasi tangan, buat saringan suhu dan sebagainya. Ini perlu disediakan oleh sekolah, bukan guru yang menyediakan secara persendirian.

"Saya harap sekolah berkaitan dapat menyediakan (kelengkapan itu) untuk guru dan pelajar bukan sahaja ketika mereka masuk sekolah tetapi juga di dalam kawasan sekolah seperti di kantin,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang mendedahkan terdapat guru-guru yang mengeluarkan wang sendiri untuk menyediakan kelengkapan perlindungan diri bagi kegunaan pelajar. - Bernama