SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tampil dengan sebuah klip video sambil menyanyikan lagu dendangan kumpulan Black Dog Bone yang bertajuk Hati Ku Luka Lagi yang pernah popular dalam era 1980-an.
Lirik lagu yang dinyanyikan Najib itu menyentuh tentang kesedihan beliau selepas kerajaan BN kalah dalam PRU14 yang diadakan pada 9 Mei lalu dan telah difitnah serta dianiaya oleh PH.
Turut bersama-sama beliau menyanyikan lagu tersebut ialah sekumpulan anak muda yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Klip video berdurasi 4.29 minit itu yang mulai tular, dipercayai dirakamkan dalam sebuah studio muzik.
Berikut adalah lirik lagu tersebut :
Inilah hari paling sedih dalam hidupku
Setelah tanggal 9 Mei 2018
Aku disingkirkan
Selama ini aku berjuang bermati-matian demi rakyat
Yang amat aku kasih dan sayang
Tapi apakan daya aku teraniaya
Dengan mainan Pakatan Harapan
Yang agendanya semata-mata
Fitnah dan dendam
Namun aku berserah pada Tuhan
Agar diberi kekuatan untuk menyusun semula Barisan...