LONDON - Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSC) United Kingdom (UK) hari ini menuduh sebuah kumpulan penggodam yang disokong oleh Rusia cuba mencuri penyelidikan mengenai vaksin koronavirus (Covid-19).
Menurut NCSC, serangan kumpulan APT29 sedang berlangsung tetapi sasarannya setakat ini melibatkan organisasi penyelidikan dan pembangunan vaksin UK, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
Iklan
Iklan
"Penilaian NCSC mendapati APT29 yang juga dinamakan Dukes or Cozy Bear hampir pasti beroperasi sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Perisikan Rusia," katanya yang turut memberitahu AS dan Kanada juga berkongsi pandangan sama.
Tambahnya, kumpulan tersebut menggunakan pelbagai alat dan teknik termasuk penipuan komunikasi dan penggunaan malware.
"Kerajaan, diplomatik, badan pemikir dan kumpulan penjagaan kesihatan dan tenaga adalah sasaran utama dalam usaha mencuri harta intelek yang berharga. - Agensi