Pasangan AS ada 14 anak dedah kehidupan dalam TV

Iklan
Keluarga Karen dan Deon Derico akan muncul dalam program televisyen berjudul Doubling Down with the Derricos, bulan depan. - Foto TLC

LAS VEGAS - Satu pasangan berkulit hitam yang mempunyai 14 anak akan mendedahkan kehidupan mereka dalam satu program realiti televisyen baru TLC berjudul Doubling Down with the Derricos, lapor portal berita MailOnline pada 15 Julai lalu.

Program televisyen tentang pasangan Karen, 40. dan Deon Derrico, 49, dari Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) itu mempunyai anak kembar lima, tiga dan dua set kembar akan disiarkan pada bulan depan.

Iklan
Iklan

Pada mulanya, Karen melahirkan anak sulungnya iaitu seorang perempuan diikuti anak lelaki sebelum kembar-kembar itu dilahirkan kemudian.

Kesemua anak-anaknya kini berumur dua hingga 14 tahun dan dilahirkan tanpa sebarang pembedahan.

Iklan

Kedua-dua keluarga mereka juga pernah mempunyai sejarah melahirkan anak kembar.

"Kami mempunyai hari yang baik dan buruk. Tetapi, rasa sayang-menyayangi tetap ada," kata Karen.

Iklan

Sementara itu, portal majalah People melaporkan Presiden dan Pengurus Besar TLC, Howard Lee berkata dalam satu kenyataan:"TLC kerap menjadi tuan rumah untuk keluarga luar biasa dan Derrico akan mengangkat `luar biasa' itu ke tahap yang baharu." - Agensi