Banjir di Johor makin pulih

Iklan
Kawasan di landa banjir sebelum ini beransur pulih.

JOHOR BAHRU - Banjir di Johor semakin pulih dan jumlah mangsa banjir semakin sedikit ditempatkan di daerah Muar serta Tangkak iaitu kini seramai 159 mangsa daripada 37 keluarga setakat sebelah pagi ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, terdapat empat PPS masih dibuka di dua daerah tersebut sejak 13 Julai lalu.

Iklan
Iklan

"Tiga PPS di Muar ialah Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Tengku Mahkota, Sekolah Kebangsaan ( SK) Parit Keroma Darat dan SK Parit Raja.

"Manakala daerah Tangkak, hanya sebuah PPS dibuka iaitu di SK Tanjung Gading 5," katanya.

Iklan
Iklan