KUALA LUMPUR - Lima wilayah di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Langat yang mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sg Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) telah pulih sepenuhnya, hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri dalam kenyataan hari ini mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama baik para pengguna dan semua warga kerja Air Selangor yang bertugas sepanjang misi bantuan dijalankan.