'MU dah boleh senyum'

Iklan
Solskjaer

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui gembira dengan persembahan yang dipamerkan pemainnya selepas menewaskan Crystal Palace 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park, awal pagi tadi.

Menurutnya, kemenangan itu memberikan laluan cerah buat pasukannya untuk merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Iklan
Iklan

"Ia perlawanan yang sukar dan kami susah untuk mencari rentak ketika melakukan hantaran sebelum berjaya menjaringkan gol.Marcus Rashford dan Anthony Martial beraksi dengan baik dan mereka membuktikan kemampuan sebagai penyerang sejati.

"Kami berhak untuk senyum dengan kemenangan ini kerana tiada siapa menyangka kami akan berjaya menghampiri kedudukan empat terbaik dalam liga. Kami bermula baik sejak liga bersambung semula.

Iklan

"Inilah perkara sebenar yang perlu dilakukan sebuah pasukan seperti Manchester United iaitu bangkit dari kekalahan dan menampilkan personaliti sebagai pasukan hebat," katanya.

Dalam perlawanan itu, Rashfrod membuka tirai jaringan buat United pada penghujung babak pertama sebelum Martial memastikan kemenangan menerusi gol pada minit ke-78.

Iklan

The Red Devils mencatakan rentak konsisten tanpa kalah dalam 19 perlawanan terakhir yang dilalui gergasi EPL itu dan berpeluang layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan sekiranya menewaskan West Ham United dan Leicester City dalam dua baki perlawanan.

United ketika ini berada di kedudukan kelima liga dengan 62 mata berkongsi mata dengan Leicester City di kedudukan keempat liga yang hanya dibezakan dengan jumlah jaringan.