Dipenjara 26 bulan kerana hina Nabi, Islam dan Presiden Pas

Iklan
Danny Antoni, 28, dijatuhi hukuman itu selepas Hakim M M Edwin Paramjothy mendapati wujudnya prima facie.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 26 bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW, agama Islam dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam laman sosial Facebook pada tahun lalu.

Danny Antoni, 28, dijatuhi hukuman itu selepas Hakim M M Edwin Paramjothy mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya prima facie pada akhir pendakwaan.

Iklan
Iklan

Edwin memberitahu mahkamah, keputusan dibuat selepas mendapati tertuduh mendiamkan diri walaupun telah dipanggil membela diri.

Oleh demikian, Danny dijatuhi hukuman penjara 26 bulan bagi pertuduhan pertama dan dipenjara enam bulan bagi pertuduhan kedua.

Iklan

Hakim bagaimanapun mengarahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman itu serentak dari tarikh dia tangkap pada 6 Mac 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga didakwa hina agama, Rasulullah

Iklan

Mengikut fakta pertuduhan pertama, Danny yang menggunakan profil Danny A'antonio Jr pada laman Facebook didakwa telah memuat naik satu hantaran menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam yang mungkin boleh menyebabkan suasana tidak harmoni antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Facebook tertuduh

Kejadian berlaku pada jam 1.21 pagi, 9 Januari 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, Danny didakwa melakukan kesalahan serupa terhadap Abdul Hadi dengan niat sama pada tempat dan masa yang sama mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada jam 10 pagi, 4 Mac 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Danny sebelum ini juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut dan kemudiannya menukar pengakuan kepada bersalah pada 13 Jun lalu.