JENAMA kopi buatan Belanda, Moccona dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan enam perisa unik boleh didapati di pasar raya dan kedai serbaneka bermula bulan ini.
Pengurus Besar Malaysia Jacobs Douwe Egberts (JDE), Alex Chuah berkata, produk-produk yang dilancarkan itu merangkumi Moccona Classic Medium Roast, Moccona Classic Dark Roast, Moccona Classic Decaffeinated, Moccona Espresso Style, Moccona Indulgence dan Moccona Hazelnut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, jenama paling digemari di Australia itu diperbuat daripada dua jenis biji kopi terbaik di dunia iaitu Arabica dan Robusta.
"Moccona bertekad untuk memberikan rakyat Malaysia pengalaman kopi premium dari keselesaan rumah mereka.
"Enam rasa unik akan diedarkan oleh rakan pengedar kami iaitu DKSH di pasar raya dan kedai serbaneka berhampiran anda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Wakil Presiden DKSH Malaysia dan Singapura, Patrick Stillhart berkata, pihaknya yakin dapat membina jenama Moccona di Malaysia melalui saluran pengedarannya yang amat luas.
Buat masa ini kopi Moccona dijual di AEON, Jaya Grocer, Kampung Grocer dan 99 Speedmat serta boleh didapati menerusi platform e-dagang di https://www.lazada.com.my/shop/moccona/.