KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN) kini sedang mengkaji bantuan yang bersesuaian bagi membantu para pelanggannya yang terjejas akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19), berikutan tempoh moratorium yang dijadualkan tamat pada akhir September ini.
Ketua Eksekutif, Datuk Yunos Abd Ghani berkata, bank komited untuk terus membantu para pelanggan terutamanya selepas tamat tempoh moratorium.