Saranan pelaksanaan program KKP di sekolah langkah tepat

Iklan
Lee Lam Thye - Foto Bernama

SHAH ALAM - Saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) untuk melaksanakan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sekolah dilihat sebagai satu langkah tepat dalam usaha memberi kesedaran kepada guru-guru bahawa setiap aktiviti yang dilakukan ada bahaya dan risikonya.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, cadangan itu amat wajar untuk dilaksanakan memandangkan isu-isu kemalangan di sekolah sering berlaku namun hanya sebahagian yang dilaporkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sudah sampai masanya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius isu itu kerana guru-guru merupakan pekerja yang turut berisiko berdepan dengan kemalangan di dalam kawasan sekolah.

"Saya pernah suarakan perkara yang sama sebelum ini kepada KPM ketika saya menjadi Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).

Iklan

"Malah saya pernah menawarkah khidmat saya ketika itu kepada beberapa sekolah dan peratusan sekolah yang terlibat juga kecil memandangkan kita mempunyai lebih 10,000 sekolah di seluruh negara,” katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan dikemukakan Presiden NUTP, Aminuddin Awang agar program KKP dapat dilaksanakan di sekolah susulan tragedi yang menimpa seorang guru mata pelajaran Matematik di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah di Tanah Merah, Rosli Abdul Aziz, 54, yang maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu bangunan sekolahnya pada Selasa lalu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah tiba masa laksanakan program KKP di sekolah: NUTP

Mengulas lanjut, Lam Thye yang juga aktivis sosial berharap tragedi itu dapat membuka mata KPM seterusnya merancang dan melaksanakan program KKP dalam kalangan warga pendidik.

Katanya, program itu bukan sahaja bermanfaat kepada guru-guru bahkan juga kepada murid supaya sentiasa memberi penekanan terhadap keselamatan ketika berada di sekolah.

"Walaupun ketika ini kita berdepan dengan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) dalam kehidupan ketika negara berdepan pandemik Covid-19, namun SOP keselamatan di tempat kerja khususnya di sekolah juga perlu diberi penekanan.

"Jadi saya sarankan agar pihak sekolah dapat melakukan kerjasama erat dengan NIOSH untuk menubuhkan kelab-kelab KKP di sekolah dalam usaha mempertingkatkan lagi aspek keselamatan warga pendidik di seluruh negara,” katanya.