Gabenor Georgia saman Datuk Bandar Atlanta

Iklan
Bottoms disaman kerana mewajibkan penduduk di bandar raya Atlanta memakai pelitup muka. - Foto AFP

WASHINGTON - Gabenor Georgia di Amerika Syarikat (AS), Brian Kemp menyaman seorang pegawai Atlanta kelmarin dan meminta supaya peraturan yang mewajibkan penduduk di bandar raya itu memakai pelitup muka di khalayak ramai bagi menghalang koronavirus (Covid-19) disekat.

Saman itu difailkan olehnya sendiri yang juga anggota parti Republikan dengan mendakwa Datuk Bandar Atlanta, Keisha Lance Bottoms tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan langkah kesihatan awam yang ketat.

Iklan
Iklan

Menurut saman itu, AS menggalakkan pemakaian pelitup muka tetapi tidak mewajibkannya.

"Bandar raya Atlanta mungkin melaksanakan kuasa diberikan oleh negara dan Bottoms cuba melaksanakan satu kuasa yang tidak diberikan sekali gus menentang negara serta melampaui autoriti," kata saman itu.

Iklan

Saman itu juga meminta hakim daerah Fulton untuk menyekat arahan eksekutif yang dikeluarkan Bottoms pada minggu lalu.

"Saman ini adalah bagi pihak perniagaan Atlanta dan para pekerja mereka yang berusaha untuk hidup ketika waktu sukar," kata Kemp dalam satu kenyataan di Twitter. - AFP

Iklan