Tengku Zafrul menang anugerah Life at Work 2019 Talentcorp

Iklan
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz muncul sebagai pemenang Anugerah Life at Work 2019 TalentCorp untuk kategori CEO bagi organisasi Malaysia.

Bagi organisasi antarabangsa, Annemarieke De Haan dari Unilever Malaysia meraih anugerah itu manakala bagi organisasi sektor awam serta organisasi kecil dan sederhana, Azaddin Ngah Tasir dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Noor Mohd Helmi Nong Hadzmi dari IX Telecom memenangi anugerah itu.

Iklan
Iklan

Dianjurkan setiap tahun oleh Kementerian Sumber Manusia melalui agensinya, TalentCorp Malaysia Bhd dan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Anugerah Life at Work bertujuan menggalakkan kepelbagaian dan keterangkuman tempat kerja yang lebih baik untuk masa depan pekerjaan di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, pekerjaan yang fleksibel dapat membantu perniagaan meningkatkan produktiviti mereka dalam persekitaran baharu yang diwujudkan oleh Covid-19.

Iklan

"Melalui peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran yang diwujudkan oleh Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), kerajaan terus fokus untuk mengurangkan impak daripada pandemik tersebut kepada pekerja yang menganggur dan mudah terjejas, termasuk golongan belia di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, pemenang lain pada majlis anugerah itu yang diumumkan melalui video termasuklah Kumpulan CIMB untuk organisasi terbaik Malaysia, Daythree Business Services Sdn Bhd (peserta baharu terbaik) dan Eco World (pasukan kepimpinan terbaik).

Iklan

Maklumat lanjut mengenai amalan terbaik dan untuk melihat senarai penuh pemenang Anugerah Life at Work 2019 dan syarikat yang mengambil bahagian boleh didapati di www.lifeatwork.my.- Bernama