KUALA LUMPUR - Gandingan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diyakini mampu memperkukuh dan memperkasakan parti agar kekal relevan pada masa hadapan.
Pemangku Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Aizad Roslan berkata, gandingan kedua-dua pemimpin itu turut diyakini mampu memacu parti agar bukan saja diterima oleh orang-orang Melayu, malah kaum peribumi serta rakyat Malaysia secara amnya.
Iklan
Iklan
"Armada yakin gandingan Presiden dan Timbalan Presiden ini akan dapat memperkukuhkan dan memperkasakan parti agar kekal relevan dan diterima oleh orang Melayu dan pribumi serta rakyat Malaysia secara amnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Aizad turut memberi jaminan Armada akan memberi sepenuh fokus dan komitmen dalam gerak kerja memperkemaskan jentera sayap parti itu di peringkat nasional sehingga ke peringkat cawangan.
"Perkara ini selaras dengan fungsi sebagai sebuah sayap parti untuk terus menyokong Presiden dan Timbalan Presiden ke arah pengukuhan parti," katanya.