Imigresen Selangor tahan 52 warga asing

Iklan
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi berkenaan.

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Selangor berjaya menahan seramai 52 orang warga asing atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi yang dilaksanakan di tiga lokasi berlainan pada Isnin lalu.

Pengarahnya, Mohamad Shukri Nawi berkata, seramai 229 orang warga asing telah diperiksa secara keseluruhan dalam operasi berkenaan yang dilaksanakan di sekitar kawasan Pelabuhan Klang, Bandar Saujana Utama dan Shah Alam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua warga asing terbabit berusia lingkungan 22 hingga 55 tahun terdiri daripada warganegara Indonesia, Bangladesh, Nepal, Pakistan, India dan Filipina

"Serbuan pertama yang dilakukan adalah membabitkan sebuah gudang pakaian terpakai sekitar Pelabuhan Klang dimana 42 orang pekerja dan pelanggan telah ditahan bagi siasatan lanjut.

Iklan

"Manakala sewaktu operasi di lokasi kedua di restoran sekitar Bandar Saujana Utama, pihak kami berjaya menahan seramai sembilan orang warga asing dan dua lagi warga asing berjaya ditahan sewaktu operasi di lokasi terakhir sekitar Shah Alam," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, semua warga asing berkenaan akan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Selangor untuk direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1959/63 bagi siasatan lanjut.

Iklan

Beliau berkata, warga asing terlibat ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama kerana pas tamat tempoh.

"Imigresen Selangor akan terus mempergiatkan operasi bagi mengesan pesalah yang melanggar undang-undang termasuk mendakwa mereka di mahkamah," katanya.