GEORGE TOWN - Kerajaan diminta untuk melanjutkan tempoh moratorium sehingga enam bulan lagi, bagi menyelamatkan sektor perniagaan dan juga pekerjaan, kata bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, dengan menyelamatkan perniagaan, pekerjaan juga akan dapat diselamatkan.
"Kami (pembangkang) berharap kerajaan akan lanjutkan moratorium untuk tempoh enam bulan lagi seperti yang dilakukan Jepun. Kita minta itu dahulu, walaupun ada bermacam perkara (yang kita mahu kerajaan pertimbangkan),” katanya di satu majlis komuniti di Bukit Bendera dekat sini hari ini.
Tambah beliau, bantuan kewangan itu penting dalam memulihkan ekonomi dan rakyat.
Pada 25 Mac lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan langkah moratorium meliputi penangguhan pembayaran balik pinjaman, penstrukturan semula baki kad kredit dan pinjaman korporat yang akan berakhir 30 September.
Langkah itu penting bagi membantu perniagaan dan individu, selepas Malaysia terjejas teruk akibat pandemik koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan negara hampir lumpuh pada awal Mei.
Daripada fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang diperkenalkan pada 18 Mac bagi membendung Covid-19, Malaysia kini berada pada fasa pemulihan, selepas berjaya mengawal pandemik itu.
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan sekarang ini memperlihatkan hampir keseluruhan sektor ekonomi dibuka semula dan PKPP ini dijangka berakhir pada 30 Ogos. - Bernama