Malaysia di landasan betul, kata Guan Eng

Iklan
Lim Guan Eng

PUTRAJAYA - Malaysia berada di landasan betul untuk memperbaiki keadaan fiskal kerajaan dalam masa tiga tahun selepas skandal 1MDB yang merosakkan kewangan negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia dapat dilihat menerusi laporan tiga agensi penarafan kredit antarabangsa terbesar melibatkan Moody's, Fitch Ratings dan S&P Global Ratings yang mengekalkan penarafan kredit Malaysia, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Iklan
Iklan

Mengambil contoh laporan Moody's bulan ini, katanya, agensi penarafan itu menyatakan pertumbuhan ekonomi negara akan terus berkembang lebih kukuh berbanding negara-negara yang mempunyai penarafan A.

Selain itu, katanya, laporan itu turut menyebut kepelbagaian serta kekukuhan ekonomi Malaysia dapat mengurangkan sebahagian daripada kesan negatif paras hutang yang tinggi.

Iklan

"Laporan ini dikeluarkan selepas Moody’s pada 7 Disember 2018 memutuskan untuk mengekalkan kredit Kerajaan Malaysia pada taraf A3 berdasarkan kepada pertumbuhan ekonomi memberangsangkan, pasaran modal tempatan yang mendalam serta rangka kerja institusi yang meyakinkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Defisit fiskal: Guan Eng sangkal laporan Nomura]

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Asas ekonomi Malaysia kekal kukuh, kata Bank Dunia]

"Agensi tersebut juga menekankan bahawa kemungkinan penarafan kredit Malaysia berubah dalam masa terdekat adalah rendah dan ini akan meyakinkan pelabur dan komuniti perniagaan terhadap ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata, agensi-agensi penarafan itu sebelum ini menyatakan kebimbangan tentang asas pendapatan yang berkurangan selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) dimansuhkan dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Bagaimanapun katanya, kerajaan berusaha mengatasi perkara itu dan hasilnya, kutipan cukai langsung tahun lalu mencatatkan jumlah memberangsangkan yang meningkat RM13.7 bilion atau 11.1 peratus tahun ke tahun, kepada paras tertinggi RM137 bilion setahun.

"Ini bukan sahaja membuktikan bahawa kerajaan berada di landasan konsolidasi fiskal yang betul, tetapi juga membuktikan bahawa ekonomi negara terus berkembang tahun lalu, lebih-lebih lagi apabila 51.1 peratus daripada semua kutipan cukai langsung adalah daripada cukai pendapatan syarikat.

"Untuk SST, kerajaan telah berjaya mengutip RM5.4 Bilion untuk dua bulan terakhir tahun lalu, iaitu 34 peratus lebih tinggi daripada jangkaan kutipan asal RM4 bilion," katanya.

Menurutnya, peningkatan kutipan cukai dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan akan memastikan Malaysia berjaya memenuhi sasaran fiskal konsolidasinya.

"Jawatankuasa Pembaharuan Cukai dan Jawatankuasa Kewangan Awam yang diwujudkan tahun lepas akan membantu kerajaan mempelbagaikan asas pendapatannya serta melakukan konsolidasi fiskal tanpa terlalu membebankan rakyat ataupun menjejaskan pertumbuhan ekonomi," katanya.