Unta 'rindu' tuan jalan sejauh 100km

Iklan
Unta redah 100km semata mahu bertemu tuannya. -Foto Oddity Central

ULAANBAATAR - Seekor unta berjalan di padang pasir sejauh kira-kira 100 kilometer (km) dipercayai mencari bekas 'tuan' lamanya di Mongolia, China Utara.

Lapor Oddity Central, unta yang cedera itu mungkin sahaja 'rindu' kepada pemilik asal haiwan tersebut.

Iklan
Iklan

Ia ditemui sendirian di padang pasir oleh seorang gembala dan berita penemuan itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemilik asalnya yang kemudian menemui haiwan itu.

Tuan lama haiwan itu, Temur dan isterinya menjual unta tersebut kepada seorang petani pada Oktober 2019.

Iklan

Bagaimanapun tidak menyangka haiwan itu kembali ke pangkuannya dengan berjalan sejauh 100km.

"Bila lihat kesetiaannya, kami akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil semula unta ini daripada tuannya dan menggantikan dengan seekor unta lain berusia tiga tahun.

Iklan

"Kami berasa sedih kerana badannya terdapat kesan luka," katanya.

Menurutnya, dia tidak akan menjual semula unta itu dan akan terus memeliharanya.

"Saya tak akan jual kepada orang lain kerana haiwan ini sangat pintar. Kami sayangkannya," katanya lagi.